Kelas Personalize Giftbox

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

18 Julai 2020 – PI Linggi telah mengadakan Kelas Personalize Giftbox bermula dari jam 10 pagi hingga 1 petang, ianya dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah menengah.

Kelas yang diajar oleh Encik Aiman Mudzafar bin Mohamad Khairi (Pengurus PI Linggi) ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan perisian Adobe Illustrator kepada pelajar sekolah menengah. Ianya dapat membantu mencungkil kreativiti peserta dengan menghasilkan kotak hadiah, meransang minda dan mengasah kemahiran peserta dalam menggunakan computer dan perisian ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali